Wednesday, February 1, 2012

Panduan PEKA

Panduan konstruk yang ditafsir dalam PEKA Sains Tingkatan 4 dan 5.

* Konstruk I, III dan IV ditaksirkan berdasarkan evidens laporan amali.

** Konstruk II dan V ditaksirkan berdasarkan pemerhatian guru semasa menjalankan amali PEKA dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


* Konstruk I - Kemahiran merancang eksperimen.
  • C1P1 - Menyatakan tujuan penyiasatan/eksperimen dengan tepat.
  • C1P2 - Menyatakan hipotesis dengan tepat.
  • C1P3 - Menyatakan semua pemboleh ubah yang terlibat.
  • C1P4 - Menyenaraikan bahan atau radas dengan lengkap.
  • C1P5 - Menulis kaedah atau teknik dengan lengkap.

** Konstruk II - Kemahiran menjalankan eksperimen (berdasarkan perancangan serta penggunaan dan pengendalian bahan/radas).
  • C2P1 - Kebolehan mengguna dan mengendali bahan/radas dengan berhati-hati dan dengan cara yang betul.
  • C2P2 - Kebolehan membersihkan bahan/radas dengan cara yang betul.
  • C2P3 - Kebolehan menyimpan bahan/radas dengan betul dan selamat.
  • C2P4 - Kebolehan melakar/melukis sebarang spesimen/peralatan sains dengan susunan yang betul dan tepat.

* Konstruk III - Kemahiran megumpul dan merekod data/pemerhatian.
  • C3P1 - Boleh membina jadual dengan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas yang betul.
  • C3P2 - Boleh melengkapkan data pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam jadual dengan betul.
  • C3P3 - Boleh mencatatkan data/pemerhatian pemboleh ubah yang bergerak balas yang diperolehi daripada eksperimen dengan betul.

* Konstruk IV - Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan.
  • C4P1 - Boleh mentafsir data atau menulis perbincangan atau melukis graf dengan kaedah yang betul:
    (i) Tajuk graf
    (ii) Paksi berlabel dan berunit.
    (iii) Skala seragam.
    (iv) Bentuk graf sesuai untuk ekasperimen.

  • C4P2 - Boleh menyatakan samada hipotesis diterima atau ditolak.

  • C4P3 - Boleh membuat kesimpulan/rumusan daripada eksperimen dengan betul.

** Konstruk V - Sikap saintifik dan nilai-nilai murni.
  • C5P1 - Menunjukkan minat dan sikap ingan tahu.
    (i) Kerap bertanya guru dan rakan berkaitan dengan tugasan.
    (ii) Sentiasa bersedia mendengar idea dan pendapat orang lain.
    (iii) Bersungguh-sungguh dalam melakukan semua tugas yang diberi.

  • C5P2 - Bersikap sistematik.
    (i) Kerap menjalankan penyiasatan atau eksperimen dengan sistematik.
    (ii) Melaporkan data atau pemerhatian daripada eksperimen dengan tepat dan benar.

  • C5P3 - Bekerjasama.
    (i) Sentiasa bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan.

  • C5P4 - Bertanggung-jawab.
    (i) Sentiasa yakin dalam menjalankan penyiasatan dan berani mempertahankan kebenaran idea.
    (ii) Sentiasa menjaga keselamatan diri, rakan dan alam sekitar.