Tuesday, March 13, 2012

Koordinasi Saraf

Koordinasi saraf (nervous coordination) adalah merujuk kepada koordinasi sistem badan terhadap rangsangan (stimuli) yang mengakibatkan tindak balas yang sesuai melalui penghantaran impuls (impulses).

Reseptor (receptor) adalah sel deria yang terdapat di dalam organ deria kita. Reseptor mengesan rangsangan pada persekitaran.

Terdapat banyak jenis reseptor yang mana setiap satunya sensitif kepada satu jenis rangsangan sahaja. Sebagai contoh, reseptor pada mata (eyes) sensitif terhadap cahaya (light); reseptor pada telinga (ears) sensitif terhadap bunyi (sound).

Efektor (effector) adalah organ-organ yang bertindak balas terhadap arahan (impuls) yang diterima daripada sistem saraf pusat (central nervous system).

Contoh-contoh efektor adalah otot (muscles) dan kelenjar (glands). Otot bertindak balas dengan mengecut, manakala kelenjar bertindak balas dengan merembeskan bahan kimia ke dalam aliran darah.

Apabila reseptor mengesan rangsangan, ia akan menghantar impuls elektrik (electrical impulses) kepada sistem saraf pusat melalui neuron deria (sensory neurones). Sistem saraf pusat akan memproses maklumat dan kemudian menghantar impuls melalui neuron motor (motor neurone) ke efektor untuk memulakan/menghasilkan tindak balas.

Laluan impuls dalam koordinasi saraf.