Friday, November 25, 2011

Kaedah Penyiasatan Saintifik

Sains adalah segala apa yang ada disekeliling kita. Hampir segala-galanya di dalam kehidupan kita adalah berkait rapat dengan sains.

Sains (science) bermaksud 'tahu/untuk mengetahui' (to know) dalam bahasa Latin. Tujuan penyelidikan saintifik (scientific investigation) dilakukan adalah 'untuk mengetahui' tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku berdasarkan pemahaman yang berasaskan bukti (evidence-based understanding) yang nyata. Pengetahuan saintifik membantu kita dalam membuat banyak penemuan yang telah mengubah cara hidup kita.

Para saintis akan sentiasa tertanya-tanya tentang perkara-perkara atau kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi ini. Mereka memerhatikannya dan bertanyakan soalan tentang perkara-perkara atau kejadian tersebut. Seterusnya mereka mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Salah satu cara untuk mendapatkan jawapan tersebut adalah dengan untuk menjalankan kajian / penyelidikan saintifik. Dengan cara ini, mereka akan mendapat jawapan kepada segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui, serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang sains.


Kaedah dalam menjalankan penyiasatan saintifik
  1. Buat pemerhatian (making observation) tentang sesuatu kejadian / masalah / persoalan.

  2. Mengenal pasti masalah tersebut (identifying the problem).

  3. Mengenal pasti sebarang kemungkinan yang menyumbang kepada permasalahan tersebut (identifying the variables).

  4. Membuat hipotesis (making a hypothesis).

  5. Membuat perancangan penyelidikan/penyiasatan (planning the the investigation).

  6. Menjalankan penyelidikan/penyiasatan (carrying out the investigation).

  7. Mengumpul data (collecting data).

  8. Menganalisis dan mentafsir data (analysing and interpreting data).

  9. Membuat kesimpulan (making a conclusion).

  10. Menulis laporan (writing a report) tentang penyelidikan saintifik yang dijalankan.


1 comment: