Tuesday, January 31, 2012

Neuron

Unit fungsi asas dalam sistem saraf ialah neuron. Neuron adalah sel saraf (nerve cell).

Fungsi neuron adalah untuk membawa impuls.

Sistem saraf manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron.

Struktur yang sangat khusus dalam neuron adalah adalah berbeza daripada sel-sel badan yang lain.

Terdapat tiga jenis neuron dalam badan manusia, iaitu:

1) Neuron deria (sensory neurone)
Fungsi neuron deria adalah membawa impuls dari organ deria/reseptor (sensory organ/receptor) ke sistem saraf pusat (central nervous system).


2) Neuron perantaraan (relay/intermediate neurone)
Fungsi neuron perantaraan adalah menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor.


3) Neuron motor (motor neurone)
Fungsi neuron motor adalah membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor (effector).


Bahagian-bahagian neuron dan fungsi-fungsinya.
  • Badan sel (cell body)
    Fungsi: Mengawal semua aktiviti neuron.

  • Dendrit (dendrite)
    Fungsi: Menerima impulse dan menghantarnya ke arah dendron.

  • Dendron
    Fungsi: Menerima impuls dan menghantarnya ke arah badan sel.

  • Akson (axon)
    Fungsi: Menghantar impuls keluar dari badan sel.

  • Salut mielin (myelin sheath)
    Fungsi: Penebat akson untuk mengelakkan kebocoran impuls. Mempercepatkan penghantaran impuls.

Wednesday, January 11, 2012

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia (human nervous system) menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar mesej dalam bentuk impuls sebagai tindak balas terhadap rangsangan (stimuli).

Sistem saraf manusia terdiri daripada:
  1. Sistem saraf pusat (central nervous system).
  2. Sistem saraf periferi (peripheral nervous system).

Sistem saraf manusia.

Sistem saraf pusat (central nervous system) terdiri daripada:
  • Otak (brain).
  • Saraf tunjang (spinal cord). 
Sistem saraf pusat juga adalah pusat kawalan sistem saraf.

Sistem saraf periferi (peripheral nervous system) terdiri daripada:
  • Sistem saraf soma (somatic nervous sytem) yang mengawal tindakan terkawal (voluntary action). Sistem saraf soma terbahagi kepada dua iaitu: 
    i) Saraf kranium (cranial nerves), bertempat dibahagian atas leher, yang mengawal aktiviti seperti melihat, menghidu dan mendengar. 
    ii) Saraf spina (spinal nerves) yang bertempat dibahagian bawah leher, yang mengawal aktiviti seperti menulis, menari dan berlari.

  • Sistem saraf autonomi (autonomic nervous system) yang mengawal tindakan luar kawal (involuntary action), yang mengawal aktiviti seperti rembesan enzim, bernafas, denyutan jantung dan pencernaan makanan.  


Rangsangan
(seperti makanan, bau, bunyi, cahaya atau sentuhan)
dikesan oleh
Reseptor 
(dalam organ deria seperti lidah, hidung, telinga, mata atau kulit
akan menghasilkan
Impuls 
yang dibawa oleh neuron (sel saraf) ke 
Sistem saraf pusat (otak atau saraf tunjang) 
untuk ditafsirkan yang seterusnya dihantar ke
 
Efektor 
(organ seperti otot atau kelenjar yang bergerak balas terhadap rangsangan
untuk menghasilkan 
Gerak balas