Wednesday, January 11, 2012

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia (human nervous system) menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar mesej dalam bentuk impuls sebagai tindak balas terhadap rangsangan (stimuli).

Sistem saraf manusia terdiri daripada:
  1. Sistem saraf pusat (central nervous system).
  2. Sistem saraf periferi (peripheral nervous system).

Sistem saraf manusia.

Sistem saraf pusat (central nervous system) terdiri daripada:
  • Otak (brain).
  • Saraf tunjang (spinal cord). 
Sistem saraf pusat juga adalah pusat kawalan sistem saraf.

Sistem saraf periferi (peripheral nervous system) terdiri daripada:
  • Sistem saraf soma (somatic nervous sytem) yang mengawal tindakan terkawal (voluntary action). Sistem saraf soma terbahagi kepada dua iaitu: 
    i) Saraf kranium (cranial nerves), bertempat dibahagian atas leher, yang mengawal aktiviti seperti melihat, menghidu dan mendengar. 
    ii) Saraf spina (spinal nerves) yang bertempat dibahagian bawah leher, yang mengawal aktiviti seperti menulis, menari dan berlari.

  • Sistem saraf autonomi (autonomic nervous system) yang mengawal tindakan luar kawal (involuntary action), yang mengawal aktiviti seperti rembesan enzim, bernafas, denyutan jantung dan pencernaan makanan.  


Rangsangan
(seperti makanan, bau, bunyi, cahaya atau sentuhan)
dikesan oleh
Reseptor 
(dalam organ deria seperti lidah, hidung, telinga, mata atau kulit
akan menghasilkan
Impuls 
yang dibawa oleh neuron (sel saraf) ke 
Sistem saraf pusat (otak atau saraf tunjang) 
untuk ditafsirkan yang seterusnya dihantar ke
 
Efektor 
(organ seperti otot atau kelenjar yang bergerak balas terhadap rangsangan
untuk menghasilkan 
Gerak balas

5 comments:

  1. Setahu saya, jika serebelum tercedera, kita tidak akan dapat mengkoordinasikan tubuh badan dengan sempurna
    dan betulkah medula oblongata merupakan pusat tindakan rifleks?

    Cikgu yang mengajar kami tidak menerangkan fungsi2 otak dgn lebih mendalam kerana hampir kesemua pelajar tidak berminat dgn subjek sains..

    ReplyDelete
    Replies
    1. medulla oblogata mengawal tindakan luar kawalan seperti heart beat, sneezing n so on..kalau ade ape2 terjadi pada medula oblogata, orang tersebut berkemungkinan meninggal dunia kerana tugasnya mengawal degupan jantung. (sekadar berkongsi ilmu) n_n

      Delete
    2. medulla oblogata mengawal tindakan luar kawalan seperti heart beat, sneezing n so on..kalau ade ape2 terjadi pada medula oblogata, orang tersebut berkemungkinan meninggal dunia kerana tugasnya mengawal degupan jantung. (sekadar berkongsi ilmu) n_n

      Delete
    3. medulla oblogata mengawal tindakan luar kawalan seperti heart beat, sneezing n so on..kalau ade ape2 terjadi pada medula oblogata, orang tersebut berkemungkinan meninggal dunia kerana tugasnya mengawal degupan jantung. (sekadar berkongsi ilmu) n_n

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete