Unit fungsi asas dalam sistem saraf ialah neuron. Neuron adalah sel saraf (nerve cell).
Fungsi neuron adalah untuk membawa impuls.
Sistem saraf manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron.
Struktur yang sangat khusus dalam neuron adalah adalah berbeza daripada sel-sel badan yang lain.
Terdapat tiga jenis neuron dalam badan manusia, iaitu:
1) Neuron deria (sensory neurone)
Fungsi neuron deria adalah membawa impuls dari organ deria/reseptor (sensory organ/receptor) ke sistem saraf pusat (central nervous system).
2) Neuron perantaraan (relay/intermediate neurone)
Fungsi neuron perantaraan adalah menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor.
3) Neuron motor (motor neurone)
Fungsi neuron motor adalah membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor (effector).
Bahagian-bahagian neuron dan fungsi-fungsinya.
- Badan sel (cell body)Fungsi: Mengawal semua aktiviti neuron.
- Dendrit (dendrite)Fungsi: Menerima impulse dan menghantarnya ke arah dendron.
- DendronFungsi: Menerima impuls dan menghantarnya ke arah badan sel.
- Akson (axon)Fungsi: Menghantar impuls keluar dari badan sel.
- Salut mielin (myelin sheath)Fungsi: Penebat akson untuk mengelakkan kebocoran impuls. Mempercepatkan penghantaran impuls.
tkasih cikgu
ReplyDeleteTrimakasihh cikgu kerana dengan nota"ini sya dpt mngulngkji bab"yg sya dah lupa.. Nota nie amat brbaloii trimaksih sekali lgii cikgunaza
ReplyDelete