Thursday, December 13, 2012

Jenis Pembahagian Sel


Setiap sel hidup boleh membahagi. Tujuan sel membahagi adalah untuk:
  • Menggantikan sel lama yang sudah tua, rosak atau mati.
  • Menambah bilangan sel bagi membolehkan pertumbuhan organisma.
  • Menurunkan bahan baka daripada sel induk kepada sel baru melalui pembiakan (reproduction).

Semasa pembahagian sel (cell division), bukan sahaja sitoplasma membahagi, nukleus sel juga akan membahagi supaya sel baru dilengkapi dengan bahan baka induk.

Dalam erti kata lain, sel rambut manusia tetap akan membahagi untuk menghasilkan sel rambut manusia, dan sel kaki ayam akan menghasilkan sel kaki ayam.

Terdapat dua (02) jenis pembahagian sel, iaitu:
  1. Mitosis.
  2. Meiosis.

No comments:

Post a Comment