Sunday, December 23, 2012

Kepentingan mengambil pemakanan yang baik dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang


Manusia dan haiwan tidak boleh membina makanan mereka sendiri. Oleh itu, manusia dan haiwan memerlukan makanan daripada sumber yang sedia ada.

Tumbuhan (plants) merupakan sumber makanan utama bagi manusia dan haiwan.

Sesetengah haiwan seperti ayam, ikan, lembu dan kambing merupakan makanan bagi manusia dan haiwan.

Nutrisi (nutrition) yang seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan badan.

Tujuh kelas pemakanan yang diperlukan dalam nutrisi ialah:
  1. Protein
  2. Karbohidrat (carbohydrate)
  3. Lemak (fat)
  4. Vitamin
  5. Garam mineral (mineral salts)
  6. Pelawas (roughage)
  7. Air (water)

Organisma memerlukan nutrisi yang seimbang untuk:
  • Pertumbuhan (growth) dan pembiakan (reproduction).
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal.
  • Mengekalkan kesihatan.
  • Menggantikan atau membaiki sel dan tisu yang rosak.


Nilai kalori dalam kelas pemakanan

Tenaga (energy) yang diperolehi daripada pengoksidaan (oxidation) makanan digunakan untuk melakukan semua aktiviti fizikal, proses fisiologi dan mental.

Tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori (cal) atau kilokalori (kcal).

Nilai kalori (calorific value) ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.

Unit lain yang boleh digunakan untuk mengukur tenaga ialah joule (J).

Oleh kerana unit kalori atau joule adalah terlalu kecil, unit kilokalori (kcal) dan kilojoule (kJ) kebiasaannya digunakan.

1000 kalori (cal) = 1 kilokalori (kcal)
1000 joule (J) = 1 kilojoule (kJ)
1 kalori = 4.2 joule
1 kilokalori = 4.2 kilojoule

Satu kalori ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1ºC.

Semua kelas makanan membekalkan tenaga kecuali garam mineral dan vitamin.

Nilai kalori makanan boleh ditentukan dengan kalorimeter bom (bomb calorimeter). Alat ini digunakan untuk menyukat kandungan tenaga dalam sesuatu makanan.

Kalorimeter bom.

Tiga kelas makanan utama, iaitu karbohidrat, protein dan lemak merupakan sumber tenaga utama dengan nilai kalori yang berbeza.

Kelas makanan (1 gram)
Nilai kalori (kJ)
Karbohidrat
16.7
Protein
16.7
Lemak
37.6
Nilai kalori kelas makanan.

Karbohidrat dan protein juga mempunyai nilai kalori yang hampir sama tetapi nilai kalori lemak adalah hampir dua kali ganda nilai kalori karbohidrat.

Pengambilan lemak secara berlebihan tidak digalakkan walaupun mempunyai nilai kalori yang paling tinggi kerana lemak boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kegendutan (corpulence).

Nilai kalori bagi sesuatu makanan bergantung kepada tiga kelas makanan utama tersebut.

Contoh pengiraan kalori bagi 100 gram nasi adalah seperti jadual di bawah.

Contoh 100 g makanan
Kelas makanan
Jisim (g)
Jumlah nilai kalori dalam setiap kelas makanan (kJ)
Jumlah nilai kalori dalam makanan (kJ)
Nasi
Karbohidrat
76
76 x 16.7 = 1269.2
1.269.2 + 133.6 +75.2
= 1478
Protein
8
8 x 16.7 = 133.6
Lemak
2
2 x 37.6 = 75.2

Nilai kalori 1 gram makanan (kacang tanah) boleh dikira seperti berikut (dimana sebanyak 4.2 joule tenaga diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1ºC:


Pengetahuan tentang nila kalori pelbagai jenis makanan membolehkan kita merancang gizi (nutrition) makanan harian.
  1. Ini dapat memastikan badan kita mendapat tenaga yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti harian dan mengelakkan masalah kegendutan yang diakibatkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan.

  2. Kita dapat membentuk satu gizi yang seimbang dan mengekalkan kesihatan badan.

Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori bagi beberapa jenis makanan:

Jenis makanan
Nilai kalori per 100 g (kJ)
Betik
164
Capati
300
Daging ayam
590
Daging kambing
630
Daging lembu
1010
Gula pasir
1625
Ikan bilis
937
Ikan kembung
433
Jagung
1493
Jambu batu
290
Kacang soya
1407
Kacang tanah
2293
Keju
1708
Keledek
491
Marjerin
2980
Mentega
3007
Mee goreng
807
Nenas
197
Nasi
1562
Oren
205
Pisang
357
Roti putih
1134
Susu lembu
273
Telur
685
Taufu
440
Tomato
52
Ubi kentang
344
Udang
380

No comments:

Post a Comment