Friday, December 28, 2012

Keseimbangan Alam


Setiap organisma hidup di dalam ekosistem tersendiri dan wujud dalam kesimbangan dalam alam sekitar.

Sekiranya persekitaran berubah, organisma yang tidak dapat menyesuaikan diri akan mati.

Habitat ialah tempat tinggal sesuatu hidupan, contohnya ikan dalam air laut, cacing dalam tanah danrusa dalam hutan.

Ekosistem (ecosystem) ialah suatu sistem yang dinamik, tersendiri daripada hidupan yang saling berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitarannya yang bukan hidup.

Keseimbangan alam (balance of nature) ialah keadaan di mana interaksi antara organisma dengan organisma lain atau antara organisma dan dengan alam sekitar dapat mengekalkan sumber keperluan hidup pada tahap yang optimum dan stabil.

Banyak aktiviti manusia menjejaskan alam sekitar. Ini bukan sahaja memudaratkan hidupan lain, tetapi juga manusia itu sendiri.


No comments:

Post a Comment