Monday, December 10, 2012

Minda


Salah satu keistimewaan anugerah Tuhan kepada manusia adalah minda.

Minda (mind) boleh ditakrifkan sebagai keupayaan kognitif (cognitive abilities) seperti kebolehan untuk berfikir dan menaakul. Menaakul ialah kebolehan seseorang membuat pertimbangan/keputusan dalam keadaan tertentu.

Minda juga merupakan pusat kawalan (control center) bagi emosi seperti kerisauan, kemarahan, ketakutan dan kesedihan.

Minda berhubung rapat dengan perkembangan kesihatan mental secara langsung dan kesihatan fizikal secara tidak langsung.

Kesihatan rohani yang baik boleh meyebabkan minda yang baik.

Minda juga mempunyai hubungan rapat dengan otak. Tanpa otak, minda tidak akan wujud.

Otak (brain) hanya sekadar memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Sebaliknya, bagaimana kita memilih maklumat yang ada pada otak, cara reaksi kita, perasaan dan fikiran kita tentang maklumat itu, merupakan fungsi minda.

Faktor-faktor yang mempengaruhi minda termasuklah:
  • Kesihatan fizikal.
  • Kesihatan mental.
  • Kesihatan emosi.
  • Kesihatan rohani.
  • Aktiviti sosial.
  • Jenis reaksi dan hobi.
  • Makanan.
  • Jenis pekerjaan.
  • Keluarga.


No comments:

Post a Comment