Thursday, December 13, 2012

Pembahagian Sel


Semua hidupan multisel di muka Bumi bermula daripada satu sel yang akan menjalankan pembahagian (division) berulang kali untuk menghasilkan berjuta-juta sel bagi pembentukan satu organisma.

Sel merupakan unit binaan asas bagi semua organisma hidup.

Pembahagian sel (cell division) di dalam badan sesuatu organism ialah satu proses yang berterusan (continuous process) sepanjang hayat organisma tersebut.

Pembahagian sel adalah penting untuk menambahkan bilangan sel semasa pertumbuhan (growth) organisma dan penghasilan gamet yang terlibat dalam pembiakan seks (sexual reproduction).

Nukleus ialah struktur yang mengawal semua aktiviti sel dan terlibat dalam penentuan keturunan.

Kromosom (bahan baka) setiap sel terdapat di dalam nukleus sel. Semua aktiviti nukleus (nucleus) yang berkait dengan keturunan melibatkan gen yang terletak pada kromosom (chromosome).

Oleh itu, nukleus berperanan dalam mengawal pembahagian sel.




No comments:

Post a Comment