Monday, January 7, 2013

Sebatian Karbon Organik dan Tak Organik


Sebatian karbon

Sebatian karbon (carbon compound) terbentuk daripada kombinasi kimia karbon dengan satu atau lebih unsur-unsur lain. Sebatian karbon wujud di sekeliling kita. Sebatian karbon secara umumnya dikelaskan kepada dua, iaitu sebatian organik (organic compounds) dan sebatian tak organik (inorganic compounds).


Sebatian karbon organik

Sebatian karbon organik adalah sebatian karbon yang berasal dari organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan. 

Sebatian karbon organik mengandungi rantai karbon yang terdiri daripada bilangan atom karbon yang banyak. Contohnya, glukosa, C6H12O6, mengandungi 6 atom karbon.

Sebatian karbon organik larut dalam pelarut organik seperti alkohol, petrol, eter dan kloroform.

Beberapa contoh sebatian karbon organik adalah:
  • Protein haiwan, sutera, keju, susu, mentega dan kulit yang berasal dari haiwan.
  • Protein tumbuhan, beras, kayu, kapas dan getah yang berasal dari tumbuh-tumbuhan.


Sebatian karbon tak organik

Sebatian karbon yang bukan berasal daripada organisma hidup dikelaskan sebagai sebatian karbon tak organik. Sebatian ini berasal daripada bahan mineral dalam kerak Bumi.

Struktur sebatian karbon tak organik mengandungi beberapa atom karbon sahaja. Contohnya, karbon dioksida mengandungi satu atom karbon sahaja.

Sebatian karbon tak organik tidak larut dalam pelarut organik, tetapi larut dalam pelarut tak organik seperti air, asid dan alkali.

Sebatian karbon tak organik yang mengandungi unsur karbon termasuklah:
  • Oksida karbon seperti karbon monoksida dan karbon dioksida.
  • Sebatian karbonat seperti kalsium karbonat (batu kapur dan marmar)
  • Sebatian sianida seperti kalium sianida.

Karbon dioksida merupakan gas yang dihasilkan daripada:
  • Respirasi.
  • Pereputan.
  • Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petrol.
  • Sebatian karbonat (kecuali natrium dan kalium karbonat) yang dipanaskan.
  • Sebatian karbonat yang bertindak balas dengan asid.

Sebatian sianida yang terbentuk daripada karbon dan nitrogen adalah sangat beracun.


12 comments:

  1. for now I got everything what you just write. thank you for making this note

    ReplyDelete
  2. ape persamaan antara kedua dua ni?

    ReplyDelete
  3. I just want to asking your opinion is margarine is an example of inorganic compound

    ReplyDelete
  4. Apa Sebastian organik Dan tidk organik dari segi kesan terhadap haba

    ReplyDelete
  5. Apa perbezaan Sebatian organik Dan tidak organik dari segi kesan terhadap haba

    ReplyDelete
  6. satu contoh lain bagi sebatian karbon organik?

    ReplyDelete
  7. satu contoh lain bagi sebatian karbon organik?

    ReplyDelete
  8. satu contoh lain bagi sebatian karbon organik?

    ReplyDelete
  9. Apakah kegunaan sebatian karbon organik ?

    ReplyDelete
  10. plumbum(ii)karbonat,PbCO³sebatian organik atau bukan organik?

    ReplyDelete