Friday, February 27, 2015

Perkembangan Teknologi Makanan dan Tujuan Memproses Makanan

Teknologi makanan (food technology) ialah satu bidang ilmu yang menggunakan sains dan kejuruteraan dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan, pengagihan, penyediaan dan penggunaan makanan.

Teknologi makanan juga merangkumi pemilihan bahan makanan mentah, cara mengawal kualiti makanan yang diproses, menyelenggara alat pemprosesan dan menghasilkan makanan baru.


Tujuan Memproses Makanan

Pemprosesan makanan (food processing) ialah proses pengubahsuaian bahan makanan mentah kepada bentuk lain yang sesuai dan boleh dimakan oleh manusia.

Berikut merupakan tujuan pemprosesan makanan.
  1. Memusnahkan mikroorganisma dan patogen supaya makanan selamat dimakan.
    a) Mikroorganisma dan patogen akan menguraikan makanan dan menghasilkan toksin yang mencemarkan makanan.

    b) Makanan yang tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan apabila dimakan.

  2. Menjadikan makanan tahan lebih lama
    Pemusnahan mikroorganisma juga menjadikan makanan tahan lebih lama. Ini adalah kerana tiada lagi mikroorganisma yang boleh menguraikan makanan dan proses ini dapat menghentikan tindakan enzim mikroorganisma terhadap makanan.

  3. Membolehkan makanan lebih senang dicerna
    Dalam pemprosesan makanan, makanan lazimnya dimasak dan dilembutkan. Ini menjadikan makanan lebih senang dicernakan.

  4. Meningkatkan kelazatan dan kandungan nutrien makanan
    a) Perisa dan pewarna ditambahkan kepada makanan untuk menjadikan makanan itu lebih lazat.

    b) Nutrien juga ditambahkan kepada makanan untuk menjadikannya lebih seimbang.

  5. Memudahkan pembungkusan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan
    Ikan sardin dalam tin dan minuman dalam botol adalah lebih senang dibungkus, diangkut, disimpan dan digunakan.


1 comment:

  1. casino, poker room, blackjack, bingo
    casino, poker communitykhabar room, blackjack, bingo room, blackjack, https://sol.edu.kg/ bingo room, poker room, septcasino.com poker ventureberg.com/ room, poker room, poker room, poker room, https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ poker room,

    ReplyDelete