Tuesday, July 7, 2015

Jenis-jenis Kanta

Kanta (lens) diperbuat daripada bahan lutsinar seperti kaca atau plastik yang boleh menumpu atau mencapah cahaya.

Terdapat dua jenis kanta iaitu:
  1. Kanta cembung (convex lens).
  2. Kanta cekung (concave lens).

Kanta cembung mempunyai bahagian tengah yang lebih tebal daripada bahagian sisinya. Kanta cembung digunakan untuk menumpukan cahaya.



Kanta cekung mempunyai bahagian tengah yang lebih nipis daripada bahagian sisinya. Kanta cekung digunakan untuk mencapahkan cahaya.


No comments:

Post a Comment