Friday, November 20, 2015

Kitar Karbon

Keseimbangan karbon semula jadi boleh dikekalkan melalui kitar karbon (carbon cycle).

Karbon dioksida, sejenis sumber karbon utama di atmosfera dapat dipelihara pada 0.03% tahun demi tahun.

Untuk mengekalkan keseimbangan karbon dioksida di atmosfera, pembebasan karbon dioksida ke atmosfera mesti sama dengan penyingkiran karbon dioksida dari atmosfera.


Proses yang menambahkan karbon dioksida ke atmosfera ialah:
  • Respirasi tumbuhan dan haiwan.
  • Pembakaran bahan api.
  • Pereputan bahan organik oleh bakteria dan kulat


Proses yang menyingkirkan karbon dioksida dari atmosfera ialah fotosintesis (photosynthesis) pada tumbuhan.


Kandungan karbon dioksida yang terlalu tinggi di atmosfera akan mengakibatkan:
  • Kenaikan suhu alam sekitar.
  • Pemanasan global.
  • Perubahan cuaca.

Makanan seperti karbohidrat, lemak dan protein yang mustahak untuk organisma hidup mengandungi karbon.

Organisma perlu mendapat bekalan karbon yang mencukupi untuk terus hidup.


No comments:

Post a Comment