Monday, November 2, 2015

Komunikasi Radio

Gelombang radio boleh dibahagikan kepada:
  • Gelombang mikro yang berjarak gelombang beberapa mm hingga beberapa cm.
  • Gelombang untuk siaran televisyen yang berjarak gelombang beberapa meter.
  • Gelombang pendek (SW), gelombang sederhana (MW) dan gelombang panjang (LW), untuk siaran radio yang berjarak gelombang daripada beberapa meter hingga beberapa kilometer.
Gelombang mikro digunakan dalam komunikasi satelit, telefon jarak jauh, radar dan juga dalam transmisi radio dan televisyen.

Gelombang radio untuk penyiaran televisyen bergerak dalam garis lurus, contohnya gelombang UHF.

Aerial penerima gelombang untuk televisyen harus dipasang di tempat yang tinggi.


Gelombang untuk siaran radio boleh bergerak jauh kerana dapat dipantulkan oleh lapisan ionosfera Bumi.

Gelombang radio adalah sesuai untuk digunakan dalam komunikasi maklumat kerana gelombang radio mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Bergerak pada kelajuan cahaya.
  • Tidak mudah dihalang atau disebarkan oleh halangan.
  • Boleh merambat melalui vakum.

Prinsip Asas Komunikasi Radio

Gelombang radio bertindak sebagai pembawa untuk membawa maklumat bunyi atau gambar.

Apabila satu denyutan elektrik disiarkan melalui aerial, gelombang radio dihasilkan.

Sebaliknya, satu denyutan elektrik dijanakan apabila gelombang radio sampai ke aerial yang satu lagi.


No comments:

Post a Comment