Thursday, February 11, 2016

Perbandingan Getah Sintetik dengan Getah Asli

Getah dihasilkan daripada pokok Hevea Brasiliensis yang berasal daripada Brazil. Pokok getah mula ditanam di Malaysia pada tahun 1880-an oleh seorang berbangsa Inggeris bernama H.N. Ridley. Kini, Malaysia merupakan negara pengeluar getah utama di dunia.

Walaupun banyak getah sintetik dihasilkan berasaskan kepada struktur getah asli, namun demikian struktur kedua-duanya adalah tidak sama. Oleh itu, sifat getah sintetik dan getah asli adalah berlainan.

Pada masa sekarang, getah sintetik mempunyai lebih banyak kegunaan berbanding getah asli. Keadaan ini disebabkan oleh getah sintetik mempunyai sifat dan kelebihan yang tidak terdapat pada getah asli.

Kelebihan getah sintetik berbanding getah asli ialah:
  • Tahan terhadap suhu tinggi.
  • Tidak bertindak balas dengan bahan kimia seperti asid, alkali dan pelarut.
  • Tidak telap kepada air dan gas.
  • Tidak mudah dioksidakan oleh oksigen dan ozon.
  • Bersifat keras.
  • Tahan terhadap regangan yang tinggi.

Kelebihan getah asli berbanding getah sintetik pula ialah:
  • Kebolehan menyerap bunyi, getaran dan tekanan.
  • Sifat kekenyalan yang tinggi.
  • Kesan haba dalaman yang rendah.

Kedua-dua getah asli dan getah sintetik mempunyai persamaan dari segi berikut:
  • Jenis polimer.
  • Sebatian karbon.

Perbezaan yang terdapat pada getah asli dan getah sintetik ditunjukkan seperti jadual di bawah.

Perbezaan
Getah Asli
Getah Sintetik
Jenis polimer
Semula jadi
Sintetik
Pada suhu tinggi
Terurai menjadi cecair
Tahan
Ketelapan kepada air dan gas
Kurang baik
Baik
Tindakan dengan alkali dan asid
Lemah
Kuat
Kebolehan menyerap tekanan, getaran dan bunyi
Tinggi
Rendah
Kesan haba dalaman
Rendah
Tinggi
Pemvulkanan
Mudah divulkan
Boleh divulkan

Kaedah pemvulkanan getah ditemui oleh Charles Goodyear pada tahun 1839. Beliau memanaskan satu campuran getah asli dengan 1%−3% sulfur mengikut jisim. Proses pemvulkanan boleh memperbaiki sifat getah dan menjadikannya lebih kuat.


5 comments:

  1. Apa maksud tidak mudah dioksidakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's mean getah sintetik tu tak mudak teroksida jadi logam oksida ke apa ke kalau dipanaskan.
      #sorrykalausilap

      Delete
  2. apa contoh barangan daripada kombinasi getah asli dan getah sintetik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tilam,tapak kasut,tayar,kusyen,belon kaji cuaca

      Delete
  3. mengapakah getah asli mudah dioksidakan berbanding getah sintetik

    ReplyDelete