Wednesday, February 3, 2016

Hidrokarbon

Hidrokarbon merupakan sebatian karbon yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja.

Bilangan atom karbon dan hidrogen dalam molekul hidrokarbon adalah dalam nisbah yang tertentu.

Sebatian hidrokarbon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
  • Hidrokarbon tepu.
  • Hidrokarbon tak tepu.

Hidrokarbon tepu mempunyai ikatan kovalen tunggal sahaja di antara atom-atom karbon dalam molekulnya. Ini bermakna bilangan atom hidrogen dalam hidrokarbon tepu adalah maksimum.

Hidrokarbon tak tepu mempunyai ikatan ganda dua atau ganda tiga di antara atom-atom karbon dalam molekulnya.

Hidrokarbon tak tepu boleh menerima atom hidrogen lagi supaya ikatan ganda dua dapat dipecah untuk membentuk hidrokarbon tepu.

Peratusan atom hidrogen dalam molekul hidrokarbon tepu adalah lebih tinggi berbanding dengan peratusan atom hidrogen dalam molekul hidrokarbon tak tepu yang mempunyai bilangan atom karbon yang sama.

Sebatian yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan unsur lain bukan merupakan sebatian hidrokarbon.

No comments:

Post a Comment