Thursday, January 7, 2016

Penghasilan Tenaga Nuklear

Proses pereputan bahan radioaktif ialah proses yang berlaku secara perlahan dan boleh dipercepatkan dengan menggunakan teknologi moden.

Apabila nukleus suatu bahan radioaktif seperti uranium-235 dibedil dengan satu neutron yang berkelajuan tinggi, tindak balas pembelahan berlaku.

Uranium-235 akan membelah kepada dua nukleus yang baru, iaitu barium-142 dan kripton-91, menghasilkan tiga neutron berkelajuan tinggi dan tenaga yang amat banyak.

Proses ini dikenali sebagai proses pembelahan nukleus (nucleus fission) bahan radioaktif.

Neutron-neutron yang dihasilkan kemudian membedil nukleus uranium yang lain dan membelahkannya.

Tindak balas ini disebut tindak balas berantai, iaitu tindak balas yang melibatkan satu siri langkah yang berterusan.

Proses pembelahan nukleus uranium-235.

Tenaga yang dihasilkan dalam proses pembelahan nukleus ini dikenali sebagai tenaga nuklear (nuclear energy).

1 comment: