Friday, March 25, 2016

Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik

Semua tindak balas kimia yang berlaku adalah melibatkan perubahan tenaga.

Perubahan tenaga yang utama melibatkan perubahan tenaga haba.

Semasa tindak balas berlaku:
  • Tenaga haba diserap untuk memutuskan ikatan antara zarah bahan tindak balas.
  • Tenaga haba dibebaskan untuk membentuk ikatan antara zarah bahan tindak balas.

Perubahan tenaga haba berlaku apabila 1 mol suatu bahan kimia bertindak balas dengan lengkap atau apabila 1 mol suatu hasil tindak balas terbentuk.

Simbol bagi perubahan tenaga haba ialah ΔH dan unitnya ialah kJmol-1.

Simbol delta, Δ ialah simbol Yunani yang membawa maksud ‘perubahan’.

ΔH = Jumlah tenaga hasil tindak balas  Jumlah tenaga bahan tindak balas.

ΔH = Perubahan tenaga.

Tindak balas kimia boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu:
  • Tindak balas eksotermik (exothermic).
  • Tindak balas endotermik (endothermic).

Pengelasan ini berdasarkan perubahan tenaga haba yang disertai semasa tindak balas kimia berlaku.

Tindak balas eksotermik berlaku apabila tenaga yang dibebaskan melebihi tenaga yang diserap, iaitu tindak balas pada keseluruhannya membebaskan haba. Misalnya, haba dibebaskan apabila serbuk pencuci direnjis dengan air.

Tindak balas endotermik berlaku apabila tenaga yang dibebaskan kurang daripada tenaga yang diserap, iaitu tindak balas pada keseluruhannya menyerap haba. Misalnya, penambahan hablur ammonium nitrat ke dalam air.

Gambar rajah yang menunjukkan kesan tindak balas eksotermik dan endotermik

2 comments: