Friday, December 28, 2012

Gerakan Kenderaaan di Darat


Kenderaan di darat boleh dibahagikan kepada kenderaan berenjin dan kenderaan tidak berenjin.

Kenderaan berenjin menggunakan enjin haba (internal combustion enjin) seperti enjin petrol dan enjin diesel. Contohnya termasuk kereta, lori, bas dan keretapi.

Kenderaan tidak berenjin menggunakan tenaga manusia atau haiwan seperti kuda dan lembu untuk menggerakkannya. Contohnya termasuk basikal, beca, kereta lembu dan sebagainya.

Semua kenderaan di darat ini menggunakan roda untuk bergerak.


Struktur dan operasi kenderaan tidak berenjin

Basikal digerakkan menggunakan tenaga manusia.

Roda basikala digerakkan oleh satu sistem yang terdiri daripada injak, gegancu, rantai besi dan hab.

Struktur sebuah basikal.
  • Injak (pedal) yang dikayuh dipasang pada gegancu.
  • Gegancu (gear rings) ialah roda gear besar bergerigi yang dihubungkan kepada hab dengan rantai besi (iron chain).
  • Hab (small gear ring / sprocket) ialah roda gear kecil bergerigi yang dipasang pada roda belakang.

Apabila injak dikayuh, gegancu roda bergerigi atau gear injak akan diputarkan.

Hab roda belakang diputarkan oleh rantai besi yang menghubungkannya kepada gegancu. Roda belakang turut berputar untuk menggerakkan basikal ke hadapan.

Hab akan berputar lebih cepat daripada gegancu kerana bilangan gerigi pada gegancu adalah lebih banyak berbanding dengan hab roda.

Sistem yang menggerakkan roda basikal.

Gerakan basikal boleh dihentikan dengan menekan brek yang dipasang pada kedua-dua roda.

1 comment:

  1. cikgu !!!!! knp x lengkap ??? mana title lain ?? mcm enjin 4 lejang ??

    ReplyDelete