Wednesday, February 6, 2013

Bahan Radioaktif

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Bahan radioaktif (radioactive substances) ialah unsur yang mempunyai nukleus yang tidak stabil. Nukleus yang tidak stabil cenderung mereput untuk menjadi unsur yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif (radiation) yang berbahaya dan tidak kelihatan.

Bahan radioaktif wujud secara semulajadi oleh alam sekitar, atau juga dihasilkan oleh manusia.

Bahan radioaktif sebenarnya adalah  isotop-isotop bersifat radioaktif daripada unsur tertentu. Contohnya, bagi karbon, isotop karbon-14 (carbon-14) ialah unsur radioaktif, manakala karbon-12 (carbon-12) adalah stabil.

Isotop ialah variasi unsur dimana atom-atom unsur tersebut mempunyai bilangan elektron dan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza (nombor proton sama, nombor nukleon berbeza). Contohnya, uranium-235 dan uranium-238 ialah dua isotop bagi uranium.

Bahan radioaktif juga disebut sebagai bahan radioisotop (radioisotopes).

Berikut adalah beberapa contoh bahan radioisotop.

Unsur
Bahan radioisotop
Uranium
Uranium-235, uranium-238
Radium
Radium-226
Karbon
Karbon-14
Kobalt
Kobalt-60
Polonium
Polonium-214
Fosforus
Fosforus-32
Iodin
Iodin-131
Contoh bahan isotop.

Semua isotop dengan nombor proton yang melebihi 83 adalah bersifat radioaktif, manakala sesetengah isotop bernombor proton kecil seperti karbon-14 dan fosforus-32 juga besifat radioaktif.


No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers