Friday, March 22, 2013

Polimer Sintetik


Polimer (polymer) ialah sebatian yang terbentuk daripada molekul yang bergabung secara kimia ke dalam satu rantaian panjang. Molekul yang membentuk rantaian panjang tersebut dipanggil monomer.

Dengan kata lain, polimer bermaksud sebatian yang terdiri daripada banyak bahagian yang lebih kecil, iaitu monomer.

Awalan ‘poli’ berasal daripada perkataan Yunani, poly, yang bermaksud ‘banyak’, manakala akhiran ‘mer’ berasal daripada perkataan ‘meros’ yang bermaksud bahagian.

Polimer boleh dibahagikan kepada 2 jenis;
  1. Polimer semulajadi
    Polimer yang diperolehi daripada hidupan seperti haiwan dan tumbuhan. 

    Polimer
    Monomer
    Getah asli
    Isoprena
    Kanji
    Glukosa
    Protein
    Asid amino


  2. Polimer sintetik (synthetic polymer). 
    Polimer buatan manusia. Polimer sintetik yang lazim digunakan adalah seperti plastik dan getah sintetik.

Polimer sintetik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Kepentingan ini menyebabkan ahli sains terus menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan polimer yang baru dan terkini secara buatan.


Polimer sintetik
Monomer
Contoh kegunaan
Getah stirena-butadiena (SBR)
Stirena dan butadiena
Tayar, tapak kasut.
Getah sintetik neoprena
Kloroprena
Paip air, sarung tangan
Getah butil (butyl)
Isobutilena dan isoprena
Tayar, tapak kasut, hos
Polivinil klorida (PVC)
Kloroetena (vinyl chloride)
Penebat elektrik
Gentian sintetik nilon (nylon)
Asid adipik dan heksametilena diamena
Tekstil sintetik, tali
Polietena
Etena
Beg plastik, bekas plastik
Polistirena (polystyrene)
Stirena
Bahan pembungkus, penebat haba
Perspeks (perspex)
Metil metakrilat (methyl methacrylate)
Alat optik, tingkap kapal terbang
Polipropena
Propena
Botol plastik
Pelekat epoksi (epoxy adhesive)
Amida
Pelekat, acuan
Jenis polimer sintetik, monomer dan kegunaannya.


No comments:

Post a Comment