Pengetinan (canning) merupakan cara mengawet makanan seperti ikan sardin, buah-buahan, susu tepung dan makanan berempah di dalam tin.
Dalam proses pengetinan, makanan dan sedikit larutan garam atau gula diisikan ke dalam bekas serta dipanaskan di bawah tekanan 15 paun (10.5 kPa) pada suhu 121 °C selama 20 minit.
Selepas itu, tin tersebut ditutup dan dipateri dengan keadaan kedap udara.
Ini adalah untuk menghalang mikroorganisma dalam udara merosakkan makanan yang telah diproses tadi.
No comments:
Post a Comment