Monday, September 14, 2015

Sifat Umum Getah Sintetik

Getah sintetik (synthetic rubber) ialah getah buatan manusia yang dihasilkan melalui proses pempolimeran (polimerisation) monomer hidrokarbon yang diperoleh daripada pecahan petroleum.

Sifat-sifat umum getah sintetik adalah seperti berikut:
  1. Tahan haba.
  2. Tahan terhadap tindakan pelarut seperti asid dan minyak.
  3. Tahan terhadap agen pengoksidaan.
  4. Lebih mudah dibersihkan dan dikendalikan.
  5. Kedap udara.
  6. Penebat elektrik yang baik.
  7. Kalis air dan minyak.

Contoh-contoh getah sintetik adalah seperti dalam Jadual berikut.

Getah sintetik
Monomer
Sifat-sifat
Kegunaan
Getah stirena-butadiena (SBR)
Stirena dan butadiena
  • Kurang tegar.
  • Mudah divulkan.
  • Tahan kakisan.
  • Tayar.
  • Tapak kasut.

Neoprena
Kloroprena
  • Kekuatan regangan yang tinggi.
  • Tahan kakisan.
  • Kenyal.
  • Tahan tindakan pelarut.
  • Tidak mudah terbakar.

  • Paip air.
  • Sarung tangan.
  • Aksesori kenderaan.
  • Penebat dawai elektrik.
  • Pembinaan jalan.
  • Pembinaan bangunan.
  • Salur getah penunu Bunsen.
Getah butil dan isoprena
Isobutilena
  • Boleh divulkankan dengan sulfur dalam keadaan biasa.
  • Kurang telap daripada getah asli.
  • Tahan haba.

  • Tiub dalaman tayar.
  • Bahan bumbung.
  • Pelapik tak telap untuk menghalang peresapan air di empangan.
  • Bekas untuk mengisi bahan kimia yangmengakis.
Getah tiokol
1, 2-dikloroetena
Sangat tahan terhadap pelarut kimia dan minyak.
  • Salur getah petrol.
  • Pelapik tangki untuk menyimpan minyak dan pelarut.


No comments:

Post a Comment