Saturday, October 3, 2015

Gelombang Radio

Gelombang elektromagnet dihasilkan daripada getaran magnet dan elektrik pada frekuensi yang tinggi.

Semua jenis gelombang elektromagnet bergerak pada kelajuan 3 x 108 ms-1 menerusi vakum dan tidak memerlukan sebarang medium untuk perambatannya.

Rajah di bawah menunjukkan spektrum gelombang elektromagnet.

Kedudukan gelombang radio dalam spektrum gelombang elektromagnet.

Gelombang radio mempunyai julat panjang gelombang yang paling besar, tetapi julat frekuensi yang paling rendah dalam spektrum gelombang elektromagnet.

Seperti gelombang elektromagnet yang lain, gelombang radio boleh dipantulkan, dibiaskan dan dibelaukan.

Gelombang radio memainkan peranan yang penting dalam bidang telekomunikasi kerana boleh membawa dua jenis maklumat, iaitu maklumat dalam bentuk bunyi dan gambar melalui atmosfera atau vakum dengan pantas ke tempat yang jauh.

No comments:

Post a Comment