Tuesday, October 13, 2015

Perbandingan Antara Perubahan Kimia Dengan Perubahan Fizik

Perubahan kimia (chemical change) dan perubahan fizik (physical change) melibatkan perubahan pada keadaan jirim sesuatu bahan akibat proses pemecahan atau pembentukan ikatan.

Terdapat satu persamaan bagi perubahan kimia dan perubahan fizik, dimana kedua-dua perubahan ini adalah memerlukan tenaga.

Namun demikian, kedua-dua jenis perubahan ini turut mempamerkan pelbagai sifat yang berbeza.


Jadual di bawah menunjukkan perbandingan perbezaan antara perubahan kimia dan perbahan fizik.

Perbandingan dari segi
Perubahan Kimia
Perubahan Fizik
Perubahan
Kekal dan tidak berbalik
Tidak kekal dan mudah dibalikkan
Keperluan tenaga
Banyak tenaga diperlukan
Sedikit tenaga diperlukan
Berat bahan
Berubah
Tidak berubah
Pembentukan bahan baru
Terbentuk
Tidak terbentuk
Sifat dan komposisi bahan
Berubah
Tidak berubah


No comments:

Post a Comment